20 TA: 20 Cara Tadabbur al-Quran
Bagaimana menjadikan bacaan al-Quran lebih bermakna? Kenali 20 pendekatan praktikal untuk menyucikan hati, memahami ayat dan menghayati petunjuk al-Quran dalam kehidupan.

Tulisan ini diinspirasikan daripada tulisan Maulana Muhammad Hanief Awang Yahaya. Beliau ada menulis tentang 20 TA, iaitu cara untuk kita mentadabbur al-Quran yang merupakan inspirasi daripada karya Syaikh Nasir al-Qatami.
Saya cuba menulisnya semula secara ringkas supaya kita dapat mengambil isi-isi penting daripada setiap cara tersebut.
Berikut merupakan 20 TA dan cara untuk kita sama-sama mentadabbur al-Quran, terutama pada bulan Ramadan yang mulia ini.
Tathirتطهير
Penyucian jiwa
Tathir bermaksud penyucian jiwa. Al-Quran akan memberikan kesan kepada hati jika ia suci dan bersih. Semakin bersih hati, semakin berkesan al-Quran dalam diri.
Ta'zimتعظيم
Mengagungkan al-Quran
Ta'zim bermaksud mengagungkan dan beradab dengan al-Quran. Allah SWT sendiri memuliakan dan mengagungkan al-Quran dalam Surah al-Syu'ara', ayat 192–194.
Taghanniتغني
Memperindah bacaan
Taghanni bermaksud melagukan bacaan dengan suara yang merdu. Antara tanda seseorang memahami apa yang dibaca ialah dia menyesuaikan nada naik turun suara dengan makna ayat yang sedang dibaca.
Tartilترتيل
Membaca dengan tartil
Tartil bermaksud membaca dengan sebutan huruf yang jelas serta menjaga waqaf dan ibtida'.
Tamahhul dan Ta'anniتمهل / تأني
Tidak tergopoh-gapah
Tamahhul dan Ta'anni bermaksud membaca dengan tenang dan tidak tergopoh-gapah.
Tafa'ulتفاعل
Berinteraksi dengan ayat
Tafa'ul bermaksud berinteraksi dengan kitab Allah dan bermuhasabah diri dengan ayat yang dibaca. Ini akan menghadirkan rasa takut kepada Allah.
Tatbiqتطبيق
Mengamalkan petunjuk al-Quran
Tatbiq bermaksud mengaplikasikan dan bertindak mengamalkan ayat-ayat al-Quran dalam kehidupan.
Takrarتكرار
Mengulang-ulang ayat
Takrar bermaksud mengulang-ulang ayat. Dalam sebuah hadis, disebutkan bagaimana Rasulullah SAW berdiri sepanjang malam dan mengulang-ulang ayat 118 daripada Surah al-Ma'idah.
Tarkizتركيز
Memberikan tumpuan
Tarkiz bermaksud fokus dan menumpukan perhatian.
Tafahhumتفهم
Berusaha memahami
Tafahhum bermaksud berusaha untuk memahami ayat-ayat al-Quran.
Tazakkurتذكر
Mengingati makna ayat
Tazakkur bermaksud berusaha untuk mengingati makna ayat.
Ta'assiتأسي
Mencontohi Rasulullah SAW
Ta'assi bermaksud mencontohi Nabi SAW dalam tilawah, tadabbur serta amalan-amalan yang lain.
Tadarrujتدرج
Belajar secara berperingkat
Tadarruj bermaksud berperingkat-peringkat. Belajar al-Quran selangkah demi selangkah. Bermula dengan belajar membaca, tilawah dengan bertajwid, mempelajari hukum-hakam sehingga sampai ke peringkat tadabbur.
Tazakurتذاكر
Saling memperingatkan
Tazakur bermaksud saling memperingatkan, seperti Rasulullah SAW yang bertadarus dan mengulangi bacaan al-Quran di hadapan Jibril AS.
Tadarru'تضرع
Berdoa dengan bersungguh-sungguh
Tadarru' bermaksud berdoa dengan bersungguh-sungguh agar diberikan ilmu dan kefahaman tentang al-Quran.
Tabakiتباكي
Berusaha menghadirkan tangisan
Tabaki bermaksud berusaha untuk menangis dan menghadirkan rasa takut kepada Allah serta segala ancaman-Nya sehingga mengalirkan air mata keinsafan.
Tahzibتحزيب
Menetapkan bacaan harian
Tahzib bermaksud menetapkan kadar bacaan harian dan berusaha untuk menjaganya dengan istiqamah.
Taq'idتقعيد
Tadabbur secara berkaedah
Taq'id bermaksud tadabbur secara berkaedah, iaitu mempelajari bahasa Arab, mengetahui latar belakang ayat, merujuk kitab tafsir yang muktabar dan sebagainya.
Tafakkurتفكر
Merenung dengan mendalam
Tafakkur bermaksud merenung dengan mendalam ayat-ayat Allah yang terbentang luas.
Taqyidتقييد
Mencatat pengajaran
Taqyid bermaksud mencatat, menulis dan menyusun petunjuk-petunjuk yang terdapat dalam ayat di dalam buku khas dan sebagainya.
Penutup
Itulah 20 cara tadabbur al-Quran secara ringkas.
Boleh baca dengan lebih lanjut tulisan penuh Maulana Muhammad Hanief Awang Yahaya melalui pautan berikut:
Semoga bermanfaat dan membantu proses untuk kita sama-sama mentadabbur al-Quran.
